Khamis, 20 Januari 2011

- Sedih-Pilu-Sedu-Sayu -


Erm....dari mana nak mula ekh ?? Hurm................................. saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu sekarang ni saya memang down sangat-sangat. Memang tak boleh handle langsung-langsung la. Sensitif yang amat hari ni. Pantang orang silap cakap sikit, mula la rase macam nak membanjirkan Johor Bahru yang terchenta ni........

Ini pun saya dah terbazirkan masa saya dekat 1 jam sebab melayan air mata yang tak reti-reti nak berhenti. Dah macam empangan Temenggong pecah dah. Penat juga la nak menge'cool'kan diri tadi. Minum air dah, makan roti dah, yougurt pun dah habis secawan dah. Sampaikan saya boleh siap sampul 1 buku yang baru je saya beli petang tadi. Itu pun, air mata duk mengalir. Eiii...penat la !

Orang kata, kalau kita share apa yang kita pendam pada someone, InsyaAllah ianya akan lebih melegakan. Tapi........dalam kes saya ni memang sangat terkecuali la. Saya memang tak boleh nak share dengan orang something yang agak mengguris @ menyayat @ merobek @ mengecil @ menyakit @ seangkatan dengannya pada orang lain. TAPI.......kalau nak suruh saya share something yang mengembirakan @ membahagiakan @ melawakkan @ yang seangkatan dengannya juga saya emamng sangat-sangat sudi. Cuma yang satu tu, nak share dengan orang lain something yang negatif memang saya tak pandai langsung-langsung. Yang saya tahu just simpan @ pendam @ telan @ kemam sampai 1 masa saya sendiri yang tak boleh nak handle hati saya. Ish3.....teruk sungguh penyakit hati ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan