Khamis, 20 Januari 2011

- Sedih-Pilu-Sedu-Sayu -


Erm....dari mana nak mula ekh ?? Hurm................................. saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu sekarang ni saya memang down sangat-sangat. Memang tak boleh handle langsung-langsung la. Sensitif yang amat hari ni. Pantang orang silap cakap sikit, mula la rase macam nak membanjirkan Johor Bahru yang terchenta ni........

Ini pun saya dah terbazirkan masa saya dekat 1 jam sebab melayan air mata yang tak reti-reti nak berhenti. Dah macam empangan Temenggong pecah dah. Penat juga la nak menge'cool'kan diri tadi. Minum air dah, makan roti dah, yougurt pun dah habis secawan dah. Sampaikan saya boleh siap sampul 1 buku yang baru je saya beli petang tadi. Itu pun, air mata duk mengalir. Eiii...penat la !

Orang kata, kalau kita share apa yang kita pendam pada someone, InsyaAllah ianya akan lebih melegakan. Tapi........dalam kes saya ni memang sangat terkecuali la. Saya memang tak boleh nak share dengan orang something yang agak mengguris @ menyayat @ merobek @ mengecil @ menyakit @ seangkatan dengannya pada orang lain. TAPI.......kalau nak suruh saya share something yang mengembirakan @ membahagiakan @ melawakkan @ yang seangkatan dengannya juga saya emamng sangat-sangat sudi. Cuma yang satu tu, nak share dengan orang lain something yang negatif memang saya tak pandai langsung-langsung. Yang saya tahu just simpan @ pendam @ telan @ kemam sampai 1 masa saya sendiri yang tak boleh nak handle hati saya. Ish3.....teruk sungguh penyakit hati ni.

Rabu, 19 Januari 2011

- Salam Perkenalan -


UKHUWAHFILLAH ABADAN ABADA'

entry kali ni saya nak berkisah tentang perkenalan kami dengan dua orang wanita yg sangat mengagumkan. 

Erm, kami tak pernah jumpa, just berhubung melalui telefon. FB ?? memang tak tahu langsung-langsung la. Tapi anugerah Allah, Alhamdulilah, DIA datangkan rasa percaya antara satu sama lain. 

Then hari ni, kakak-kakak tu datang jemput kami ber3 di hostel untuk hang out sama-sama. Kesian juga la pada diorang berdua, sampai sesat-sesat nak cari hostel kami yg terceruk mengalahkan kawasan pedalaman dekat Sabah tu. Tapi macam saya katakan tadi, ukhuwahfillah yg ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan diberkati. Dan akhirnya kakak-kakak tu jumpe juga hostel kami. 

Ya Allah, pada mulenya saya rase macam nak lari balik bilik je bile nampak kereta diorang yg colour purple tu masuk kawasan hostel. Bukan ape, segan yg amat-amat. Maklumlah, diorang pakai tudung labuh, sedangkan saya just pakai tudung biasa je. Tapi saya kuatkan juga la hati. First impression mana boleh fikir negatif kan ??? Hee~ then kami berkenalan sambil bersalam-salaman. Tibe-tibe !!! classmates saya yg lelaki pun lalu dengan van hijaunya. Dia pakat tayang sengih selebar yg mungkin la tengok kami macam tu. Dalam hati saya masa tu, - ni mesti kena dalam kelas nanti - Tapi.....biaq pi la kan ??? 

Then, kami terus decide nak pergi Setia Tropika. Saje nak release tension sambil rehatkan diri yg dah mula berserabut-seribut dan selain tu nak berkenalan dengan lebih rapat lagi ( haa! gayat je ayat ) tapi seriusly memang best sangat2 kenal dengan kakak-kakak tu. Yg sorang tu kami panggil KAK LIN, dan yg lagi sorang tu kami panggil KAK AYU. kakak-kakak ni cikgu. 

Dan apa yg buat saya suka sangat berkenalan dengan kakak-kakak ni sebab dia telah mendatangkan satu inspirasi yg sangat positif pada saya. Apa dia ??? hee~ nanti baru saya story lagi ye ???

Sabtu, 15 Januari 2011

- Haa !! merajuk -

:: DIP. EKONOMI ISLAM ::

:: pic yg dekat atas tu adalah sebahagian daripada classmates saya yg tersangatlah haru-biru-caca-merba. Yg lain ada duduk di barisan hadapan...^_^ ::



entry kali ni nak share pasal salah sorang classmates saya yg merajuk dengan saya. Memang sangat lawak bila student lelaki merajuk kan ??? Heee~ anak manja sangat...^_^

get ready ea ??? story morry agak panjang ::

Pada mulanya kami semua dapat mini assignment. Biasala tu kan ??? Tapi classmates saya ni nak pinjam assignment saya ni. Katanya nak buat reference la ( saya husnuzun je la ). Memang pada awalnya saya cakap iye. Tapi masa tu pun sebab saya dah malas nak panjang-panjang cerita. Tapi saya cakap lepas isya' baru saya bagi sebab malam tu kami ada program bacaan tahlil. Then dia pun okay je. So kire deal la kan ???

Nak dijadikan cerita, roomate saya pula x siap lagi assignment tu. Then roomate saya pun nak pinjam saya punya untuk reference juga la. Biasa la last minute punya kerja kan ??? Time tu saya memang serba salah yg amat-amat la. Yelah, yg sorang classmates & yg satu lagi roomates. Tapi bila difikir-congak balik, classmates saya tu pun ada roomates yg sekelas kami. So, apa salahnya kan kalau dia pinjam member yg sorang tu punya. Then saya pun text la dia cakap sorry sebab roomates saya nak pinjam saya punya assignment. Then dia terus x reply. So, saya consider dia x kisah la.

So, bila merajuknya ???
haa! esoknya saya jumpa dia dalam kelas. Yelah, memang kami sekelas & kebetulan kelas memang berjalan macam biasa. ( so, memang jumpa la kan ??? ) saya tengok dia x tegur saya pun. So, saya assume dia tengah badmood. (sebab kalau x badmood dia memang wajib kacau orang)

Then, after half an hour, dia ada bercakap dengan saya. Tu pun dengan nada yg agak marah kut ( saya rasa ). Dah dia tanya mestilah kena jawabkan ??? masa saya nak jawab tu, Dia cepat-cepat cakap - dah, x payah cakap apa-apa pun! - saya punya berkerut dah mengalahkan nenek kebayan zaman puteri gunung ledang la. Memang x faham langsung-langsung. Masa tu saya baru nak nganga mulut tanya kenapa. Then dia terus cakap yg dia merajuk dengan saya. Hahahaha....sunggguh macam nak terbahak-bahak pun ada masa tu. Tapi disebabkan orang yg merajuk tu memang depan mata so kena la tahan je. Kalau x memang makin berdouble-double la merajuknya. lagi payah kan ??? Huhuhu....kelakar kan ??? Orang lelaki kalau merajuk memang mengalahkan budak 3 tahun la....

:: sebelum presentation ::

Jumaat, 14 Januari 2011

عندما يسبح الحب

عندما يسبح الحب 

:: Ketika Cinta Bertasbih ( KCB ) ::

Saya suke sangat movie ni. Kira fanatik sangat-sangat la. Tak kisah la kalau pun saya dah tengok dekat 10 ke 20 kali. Kalau boleh setiap dialognya saya nak hafal sekali. Hehehe...punya la fanatik berkobar-kobar kan ??? Tapi....seriusly cerita ni sangat-sangat best. Kalau saya diminta bagi rating untuk movie memang saya vote terus menang untuk festival filem antarabangsa la. Hihihihihi....^_^

(^_^")....semangat sangat kan ??? actually untuk entry kali ni saya juzt nak share something. Heee~ tiba-tiba terasa macam malu pula. hihi (n_n')....

dalam entry sebelum-sebelum ni, kalau tak silap saya dalam entry "BERCINTA SAMPAI SYURGA ( B.S.S ) " saya ada cakap pasal dia kan ??? Haaa! ni mesti tak tau kan siapa dia tu....untuk entry "B.S.S" dia tu telah direferkan sebagai secret admirer saya. So, kali ni nak sambung pasal tu la. (n_n')

actually dia tu, tersangat la special. Saya tak tahu nak describe macam mana. Yelah, kalau dalam "KCB THE MOVIE" - azzam tiba-tiba merisik anna walaupun x pernah berjumpa @ berkenalan. So, dalam kes saya ni rasanya x salah la kalau saya admirer someone yg x pernah dikenali. Hikhikhik...gayat je ayat. Entry kali ni agak jiwa-kejiwaan-bunga-kebungaan....

kenapa saya fanatik sangat pada dia ??? entah la. saya pun x tahu. Walaupun saya agak terkilan dengan cara dia yg mungkin kalau sekali imbas ( walaupun saya ni rabun ) dengan perasaan yg tengah marah- dia tu sangat selfish !!! huhuhu ( tu ayat time marah la ) Tapi saya still x boleh nak tukar feel. Huh ! berpeluh juga fikir pasal ni. Boleh x bagi jawapan kenapa dengan saya ni  ???

Oh ya ! ape kene mangenanya pun dengan tajuk entry kali ni kan ??? Erm, saya just nak related kan KCB THE MOVIE dengan kisah saya. Yelah, walaupun x serupa tapi hampir sama kan ??? Semua orang pun mampu berangan & berimpian kan ??? so sememangnya x salah bagi saya ( walaupun orang lain nak mengata saya over ke gedik ke SS ke....biaq pi la ! Huh ! hihihi )

- I'm In Love -

:: syurga cinta ::






^_^.....cube bagitahu saya siapa yg x nak berkahwin ???

entry kali ni bukan la nak cerita pasal kahwin, tunang, merisik, melamar dan yg sewaktu dengannya tu. Yelah, saya pun x kahwin lagi, so...macam mana nak berhikayat pasal semua tu kan ??? Hee~ x de experience la katakan....nanti kalau saya dah berkahwin baru saya share ok ??? 
Tapi kali ni saya nak share pasal -Jika- Erm ??? kenapa dengan jika ??? 
Saya pun x tahu nak explain macam mana, so...let's check it out with this qoutes !!!!!

Ya Allah, 
Jika aku jatuh cinta Ya Allah, 
cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu
agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMU

Ya Rabbul I'zzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid dijalanMu

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah  kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku terjatuh dan tertatih dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabb Al-amin


Isnin, 10 Januari 2011

- Kedekut ! Haji Bakhil ! Taik Hidung Masin ! -



Huh !!! susah bile kite nak cooperate dengan orang yg x reti langsung nak menolong orang lain ni. Yelah, sebagai manusia kite kenalah saling tolong-menolong, bantu-memmbantu kan? kan? kan? Ni dah jadi cerita lain dah. Saya x nak marah orang pagi-pagi ni. Tapi.......kalau dah orang tu yg kite harapkan untuk tolong kite, tapi dia buat bena x bena je, endah x endah je, acuh x acuh je, baik flying kick ke parit je kan ?! Huh !! marah ni ....... ^_^

Astaghfirullahala'zim........marah tu kan api ....jadi penawarnya adalah wudhuk kan??? hee~ saya x adelah berapi sangat nak marah. cumenye x berape puas hati dengan sikap segelintir masyarakat penduduk bumi ni. Rasenye alien kat pluto pun reti nak tolong orang. Bile bab bercakap punye la berkobar mengalahkan A.samad said bace sajak. "kite kena pertahankan ketuanan melayu la, kena pertahankan maruah maruah masyarakat melayu la " Tapi........ bile kaum melayu tu sendiri minta tolong pada dia, boleh je dia buat-buat nyanyuk, konon-kononnya memang x tahu menahu pasal apa yg perlu ditolong. Huh ! ini ke carenye nak mempertahankan ketuanan melayu kalau diri sendiri pun x nak menolong orang melayu tu sendiri. Hurm....kan saya dah bercakap mengalahkan Menteri Kerja Raya pagi-pagi ni. ^_^

Hurmwhatever......
cukup la sekali saya menebalkan muke minta tolong pada dia. Sungguh ! lepas ni x ade dah nak minta tolong ke apa ke. Lantak biaq pi sana ! x nak ambil tahu dah pasal dia lagi. Kalau boleh dah x nak tengok muka dia lagi. Tapi..........saya bukan berdendam kesumat atau membenci dia. Tak baik kan macam tu ??? hihihihi...saya cume x nak melahirkan rase yg macam tu. Takut-takut kalau tengok dia nanti terus menyampah dekat dia. payah juga tu kan ? kan ? kan ? Hihihi....

Sabtu, 8 Januari 2011

- My shayang Buat Hal -





Hurm....sedih sangat-sangat. My shayang buat hal. Almost two years dia okay je, tup tup bila dah nak celebrate anniversary untuk tahun ke 3 ni dia tibe-tibe buat hal. Tak boleh nak terime langsung la. Rasenye saya x ade buat salah pada dia. Tapi..............tibe-tibe je jadi macam ni. Rase macam nak meraung je la ni. Huwa....huwaaaa.....

Tak suke la macam ni. Dia sangat penting untuk saya. Dia ibarat nyawa kedua saya. Dia ibarat nadi kedua saya. kalau x ade dia, saya rasa macam hilang separuh nyawa. Macam hilang separuh jiwa. Macam hilang separuh semangat. Buat apa semua tak jadi. Serba tak kena. Macam ada yg kurang. Macam hidup ni tak berapa nak lengkap. Haa!!! parah dah kalau macam tu..........

Puas dah pujuk....tapi x jalan juga. Apa yg patut saya buat lagi ??? Tolonglah, wahai MS...(my shayang), x baik tau buat macam ni. 


- My Shayang -

- Cakap Merepek -



Entry kali ni nak cerita pasal cakap-cakap yg melanda kawan2 saya. Macam2 bunyi bile dah start bercakap. Ada yg bercakap dengan bahasa yg paling skema. Ada pula tu terlebih advance, semuanya main shortform je. Ish3....macam2 budak zaman sekarang ni. Ni saya senaraikan cakap-cakap mereka ::

1) Kluet = Keluar Duit
2) Keletik = Kalkulator
3) Kluai = Kluang & Kulai
4) Martus = Markah
5) SooDip = Sudip
6) Walai bagaimanapun = Walau bagaimanapun
7) Tershebut = Tersebut

hah ! tu yg jenis men'shortform'kan bahasa.

Ish3....advance sungguh kan ??? Kalau la menteri penerangan Bahasa dengar ni, mesti dia menangis. Yelah, penat-penat kerajaan berkempen ke hulu ke hilir, ke depan, ke belakang, ke tengah ke tepi, ke atas ke bawah, ke timur ke barat, kutub utara kutub selatan, last2 bahasa jiwa bangsa dah jadi bahasa bunga bangsa. Main sedap orenstrawberri je mencantum kan. Ni lah dia budak2 zaman sekarang. 





Rabu, 5 Januari 2011

- Cash Deposit & Withdrawal -

Lama dah rasenye tak meng'update' belog ni....busy la lately ni.... banyak sangat yg nak dibuat, yg nak dikejar, yg nak dicapai, yg nak dibunuh, diterkam, ditelan dan segala yg sewaktu dengannya la.....





Ok !!!
berkenaan dengan tajuk entry kali ni. memang la sangat lawak.  haha...mungkin disebabkan dah terlalu penat seharian di kolej maka dengan secara rasminya otak dah jadi tepu setepu-tepunya. memang dah tahap beku sampai x boleh nak berfungsi lagi la......

Kenapa saya cakap macam tu ??? 

Kejadian ni berlaku petang tadi. Saya & 3 orang lagi sahabat saya keluar untuk fotostat buku. Sahabat yg 1 ni nak withdrawal duit untuk bayar deposit buku. Sampai je di 1 bank yg memang terkenal di Malaysia ni. Dia pun dengan secara bangga dan hormatnya serta yakinnya pergi la ke mesin deposit duit dan terus memasukkan kad ATM nya. dan x lame lepas tu, mesin tu pun menjerit la berbunyi.....tut..tut..tut...sahabat saya ni pun terus cakap :

"ala. duit dah x de...." (dengan muka yg teramat la sedih )

kami b'3 mase tu memang dah x faham ape dah. tibe-tibe saya tinjau-tinjau la dekat mesin-mesin tu. saya nampak signboard "cash deposit machine".

saya tanye "senah (bukan name sebenar), nak keluarkan duit @ deposit duit ??? " dia tercengang sekejap. lepas tu baru dia sengih...

then..........

1.................

2.................

3.................

terburai la ketawa kami ber'3 termasuk la tuan empunya diri tu. gelak sakan, sampai tergolek terguling depan pintu bank tu.....sampaikan polis bantuan yg kena incharge kat situ pun senyum je.......

Sabtu, 1 Januari 2011

- Eiiii....Tak Nak La !!! -



Eiiiii...seriusly x nak la. Saya x nak balik asrama !!! Boleh x kalau saya buat-buat nyanyuk, tibe2 je terlupe tarikh & hari juga waktu then saya boleh je cakap dekat mak yang saya terlupa....da nyanyuk katakan. Heeee~ ( lepas tu mak saya kejar keliling rumah dengan cangkul )


- pagi2 da letih -
Huwaargghh !!!! saya x suke bile celik mate je kena terkejar-kejar pergi bilik air sebab nak kena cop pintu bilik air. Kalau lambat seminit je, for sure memang alamat berjanggut  bertanduk la menunggu. Lepas tu kena terkejar-kejar pula bersiap sebab memang dah semestinya la lambat nak ke kelas. Mana nak setting baju lagi, tudung lagi, bedak, foundation, krim segala bagai, lotion, deodorant, perfume, time tu juga la baru nak mencari stokin, sockhand, anak tudung, brooch. Huh !!! ( padahal malam sebelum tidur rase nya semua dah tersedia )Lepas tu, sibuk pula nak berkejar, berlari, berjalan macam jin tanah naik hantu ke kolej. Breakfast ??? tak payah tanya la, memang kire langsam la saya pakai pakej brunch je. Breakfast + Lunch...

Ni lagi satu hal yang memang x boleh nak handle sangat2 la. Orang yang study overseas kalau nak dilabelkan jet lag okay lagi. Ni, saya ni....yang memang dah terang bersuluh sportlight adalah penghuni setia JOHOR BAHRU. apakehalnya jet lag memanjang. Pantang ade free time, mate tu mula la, layu-kuyu tahap x dapat tidur seminggu. Sungguh la haru dunia. Ish !!! x suke la....

Bile dah sampai hostel ku yang terchenta tu, mula la kena menyapu, kena mengelap, mengemop pendek kata...berkemas selagi boleh. Kalau memang x boleh pun kena jugak-jugak la. By hook or By crook memang kena buat walaupun corong hidung saya dah kembang-kempis-kempus dek habuk yang berkepuk. ( maklum la, sebulan 1/2 tinggal ) hurm....mak, boleh kan kalau tak payah balik hostel ??? *wink*

OhWhateverItIs, memang kena balik jugak. Nak ke x nak ke...